AMPANG JAYA - Harapkan patung emas, rupanya dapat mayat manusia.
Begitulah igauan ngeri seorang peniaga kedai runcit lelaki yang hidup dalam keadaan menggigil dan tidak keruan selama empat hari selepas sebuah beg pakaian yang dibukanya bukan mengandungi patung emas sebaliknya mayat seorang lelaki.
|
|
Sebelum peristiwa itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, lelaki dari Pulau Pinang itu menerima panggilan telefon daripada seorang kawan wanitanya di Pandan Mewah di sini pada 25 Ogos lalu yang memintanya supaya datang ke ibu negara menemuinya kerana ada perkara penting yang perlu dibincang.
"Mangsa yang prihatin dengan permintaan kawannya itu terus menaiki bas dan pergi ke rumah wanita itu di sebuah apartmen di Pandan Mewah pada hari sama.
"Dalam perbincangan itu, mangsa diminta membawa sebuah beg kononnya berisi patung emas curi untuk dibuang ke satu lokasi yang tidak akan ditemui orang.
"Sebagai ganjaran mangsa akan dibayar RM100 untuk kerja itu," kata beliau di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: