Tuesday, September 1, 2009

Kamera uji tahap amanah manusia


GAMBAR menunjukkan aksi dua pendaki yang mengikut arahan nota pada kamera yang ditinggalkan oleh seorang pelajar dekat puncak Gunung Tryfan, Wales.


TAMAN NEGARA SNOWDONIA, Wales - Seorang pelajar, Paul Bellis Jones yang berumur 24 tahun meninggalkan sebuah kamera dekat puncak Gunung Tryfan di sini dengan tujuan untuk mengkaji sikap amanah manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia turut meninggalkan sekeping nota pada kamera yang mengarahkan pendaki merakamkan gambar dan kemudian meminta orang lain melakukan perbuatan serupa.

Jones meletakkan kamera itu dalam sebuah beg dan kajian itu dilakukan pada pertengahan Mei lalu.

Selepas semua filem dalam kamera habis digunakan, ia dihantar oleh seorang warden taman itu ke rumahnya selepas menemui nota dalam beg yang ditinggalkan Jones.

Lebih 30 orang merakamkan gambar mereka seperti arahan yang terdapat pada nota yang ditinggalkan oleh pelajar itu.

Jones berkata: "Seorang rakan saya menyatakan, anda tidak boleh mempercayai sesiapa pun pada zaman ini."

Menurutnya, dia tidak bersetuju dengan pandangan rakannya itu. Dia melakukan eksperimen tersebut untuk membuktikan bahawa masih terdapat orang yang boleh dipercayai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: