Tuesday, September 1, 2009

Iraq mahu Serbia hantar semula jet

BAGHDAD - Iraq sedang berunding dengan Serbia supaya menghantar semula 19 jet pejuang milik pentadbiran bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein yang diselenggarakan pada lewat tahun 1980-an iaitu ketika perang Iran-Iraq tercetus, kata Kementerian Pertahanan negara itu.

Kementerian itu menyatakan, satu delegasi telah dihantar bagi memulakan proses rundingan untuk mendapatkan kembali 'wang yang disalah gunakan' semasa era Saddam.

Sekatan yang dikenakan ke atas Iraq kerana tindakan Saddam menakluk Kuwait pada 1990 menyebabkan jet-jet MiG-21 dan MiG-23 itu sukar dihantar pulang dari Serbia.

"Kami berbincang supaya pihak Serbia membaiki semua pesawat itu dan memulangkannya untuk digunakan di Iraq. "Kami kekurangan jet pejuang," tambah kenyataan tersebut.

Menurut kementerian itu, dua daripada jet itu boleh digunakan dengan segera manakala satu persetujuan awal dicapai supaya Serbia membaik pulih baki jet tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: