BENALMADENA - Seorang lelaki yang berumur 67 tahun dan berjalan dengan menggunakan satu lutut palsu selain pernah menjalani pembedahan pintasan jantung masih mampu menumbangkan dua ekor lembu jantan, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu yang sudah bergelar datuk, Frank Evans dari Britain menunjukkan prestasi cemerlang apabila dia kembali beraksi di gelanggang lembu Plaza de Toros di Benalmadena, Sepanyol kelmarin.
Selepas pertarungan ganas itu berakhir, Evans yang mempunyai lima orang cucu itu hanya mengalami sedikit calar pada lengannya.
"Saya kini kembali sebagai seorang matador profesional. Ia bukan cara terbaik menghabiskan masa pada waktu tengah hari. Lembu-lembu itu besar dan ganas. Namun, semuanya berakhir dengan baik," katanya.
Matador itu bersara selepas menjalani pembedahan lutut pada 2005 tetapi membuat keputusan untuk kembali bekerja pada tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: