Sunday, September 27, 2009

Jac ada ratusan sari


JAC


MUNCUL dengan album terbaru berjudul Jaclyn Victor 111, kata penyanyi yang memiliki vokal bernada tinggi ini, seharusnya produk itu hanya berbentuk album mini (E.P). Perancangan asal, dia hanya mahu membuat E.P lima buah lagu.

"Namun disebabkan terlalu banyak lagu yang bagus dan sedap, akhirnya ia menjadi sebuah album penuh dengan lapan buah lagu," katanya yang kini popular dengan single balada, Bertamu Di Kalbu dan medley 24 buah lagu, Koleksi Gemilang.

Mahu memberi fokus kepada bidang nyanyian dan album baru, Jac mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam dunia lakonan.

Kemenangan sebagai Pelakon Harapan pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 yang lalu dengan kemunculan perdana bukan tiket untuk dia melangkah selesa sebagai pelakon. Walaupun ada tawaran yang datang, kata Jac: "Saya tak fikir sangat untuk berlakon lagi. Cukuplah dulu. Sekarang mahu fokus menyanyi."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: