Monday, September 28, 2009

IPTA, IPTS tidak keluarkan Ph.D ekspres, palsu




JOHOR BAHRU - Kementerian Pengajian Tinggi menegaskan bahawa tiada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negara ini yang mengeluarkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) ekspres atau palsu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, berdasarkan laporan yang diterimanya, tiada pensyarah yang memperoleh Ph.D secara ekspres ataupun palsu dilaporkan mengajar di IPTA dan IPTS di negara ini.

"Prosedur pengambilan pensyarah amat ketat dengan kementerian melakukan semakan terhadap kelulusan sebelum seseorang itu diambil sebagai tenaga pengajar di universiti.

"Kita juga tidak akan berkompromi dengan pihak universiti atau pensyarah sekiranya mereka terlibat dengan kegiatan seumpama itu," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pasir Gudang di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: