Monday, September 28, 2009

Lelaki sayur beransur pulih


ADROS menikmati makan tengah hari di rumahnya di Taman Bukit Cheng, Melaka semalam.


MELAKA - Bekas peniaga gerai makan, Mohd. Adros Ma'areh, 58, yang menderita penyakit misteri apabila hanya boleh makan nasi dan empat jenis sayur beransur pulih apabila dia sudah boleh makan makanan lain.

Ia hasil rawatan oleh seorang pengamal perubatan tradisional yang terbaca kisahnya yang disiarkan oleh Kosmo! pada Rabu lalu.

Adros berkata, pada malam hari kisahnya disiarkan, dia menerima panggilan telefon daripada seorang pengamal perubatan tradisional bernama Zulkifli dari Kuala Lumpur.

"Dia datang ke Melaka dan bertanyakan alamat rumah kerana mahu menawarkan bantuan untuk mengubat penyakit misteri saya," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Taman Bukit Cheng di sini semalam.

Katanya, setibanya Zulkifli di rumahnya pada malam itu, dia terus memulakan sesi rawatan.

"Dua jarum yang diletakkan di atas air bertemu menunjukkan penyakit saya boleh diubati lalu Zulkifli membaca sesuatu pada air itu.

"Saya kemudian diminta meminum sedikit air itu sebelum Zulkifli meneruskan sesi rawatan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: