Monday, September 28, 2009

Broker tanah alim auta


SEORANG mangsa penipuan, Jamal (kiri) menunjukkan lokasi tanah yang dibelinya daripada Johari di Kampung Mampir, Hulu Langat semalam.


KUALA LUMPUR - Sekali imbas, lelaki itu mempunyai perwatakan yang alim iaitu berjanggut, petah berbicara dan menjalankan urusan perniagaan berasaskan sistem akad jual beli selaras dengan tuntutan agama Islam.

Namun siapa sangka, di sebalik watak alim itu, dia yang menjalankan kerja sebagai broker tanah dipercayai telah melesapkan wang kira-kira RM1 juta dengan menipu hampir 60 pembeli tanah sejak dua tahun lalu.

Broker tersebut yang lebih dikenali sebagai Johari di kalangan mangsanya dipercayai sangat licik memperdaya individu yang ingin membeli tanah yang dijual secara lot di dua lokasi berasingan di Hulu Langat dekat sini.

Lokasi yang dimaksudkan ialah 20 lot tanah di Sungai Gabai dan 40 lot tanah di Sungai Mampir.

Seorang mangsa, Jamal (bukan nama sebenar), 52, memberitahu, beliau sendiri tidak menyangka telah ditipu kerana watak Johari yang baik meyakinkan beliau untuk berurusan dengan lelaki berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: