
KAJANG - Rakyat Malaysia diingatkan jangan mengikut emosi sehingga hilang pertimbangan dengan melakukan kesalahan yang boleh membawa mereka ke penjara sebaliknya perlu berfikiran rasional serta menghargai kebebasan yang dinikmati sekarang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakyat Malaysia kini berhadapan dengan kegagalan mengawal emosi sehingga membangkitkan isu perkauman dan keagamaan yang boleh menggugat kesejahteraan negara.
"Apabila melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesan yang diambil dan hanya mengikut emosi semata-mata, akhirnya akan membawa kepada hukuman penjara yang menarik segala kebebasan yang dimiliki sebelum ini," katanya selepas menyertai Rakaman Takbir Raya Bersama Penghuni dan Kakitangan Penjara Kajang di sini semalam.
Beliau yang turut berkongsi kesedihan dengan nasib yang dilalui penghuni penjara yang tidak dapat bersama keluarga menyambut hari raya yang bakal tiba berharap, apa yang dilalui oleh banduan tersebut dapat dijadikan pengajaran oleh semua lapisan masyarakat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: