Saturday, September 12, 2009

Raya: Diskaun tol 20%

PETALING JAYA - Orang ramai yang pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri ini boleh berjimat menggunakan lebuh raya Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah (Elite).

Ini kerana mereka diberikan diskaun sehingga 20 peratus ketika menggunakan kedua-dua lebuh raya itu selama enam hari iaitu pada 16 hingga 18, 22, 24 dan 26 September ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Expressway Berhad, Nik Airina Nik Jaffar berkata, tawaran itu bagaimanapun terhad kepada pengguna kenderaan kelas 1 dan semasa luar waktu puncak iaitu di antara pukul 12 malam sehingga 7 pagi.

"Tawaran ini adalah tambahan kepada diskaun 10 peratus yang dinikmati pengguna kenderaan kelas 1 di kedua-dua lebuh raya itu semasa luar waktu puncak.

"Ini adalah sebahagian Program Insentif Perjalanan PLUS bagi menghargai pengguna lebuh raya dengan pelbagai insentif menarik seperti yang disarankan oleh kerajaan," katanya pada sidang media persiapan PLUS menyambut musim perayaan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: