Pelakon remaja tinggi lampai, Fazren yang mula dikenali menerusi drama bersiri Spa Q ini rajin membantu ibunya berniaga di Bazar Ramadan Meru, Klang.
Menurut Fazren, ibunya menjual cucur udang serta beberapa jenis kuih muih di bazar itu sejak beberapa tahun lalu.
“Setiap kali Ramadan, saya akan luangkan masa membantu mak saya di gerai.
"Cuma tahun lepas saya banyak habiskan masa berpuasa di lokasi penggambaran,” jelas Fazren ketika dihubungi.
Katanya, Ramadan kali ini beliau lebih suka meluangkan masa bersama keluarga. Kepada peminat yang ingin berjumpa dengan Fazren secara dekat, bolehlah singgah di gerainya dan merasa kuih muih hasil air tangan ibunya.
“Segala aktiviti seni saya hentikan buat sementara waktu sehingga lepas sambutan Syawal. Hanya memenuhi undangan majlis berbuka puasa sahaja.
“Dulu waktu kecil selalu dapat duit sebab puasa penuh, sekarang dah besar malulah kalau dapat duit lagi,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: