Friday, September 11, 2009

Dua adik jadi pengapit




KEVIN Jonas meminta dua adiknya, Joseph dan Nicholas untuk menjadi pengapit pada hari perkahwinannya nanti. Kevin yang telah bertunang dengan kekasihnya, Danielle Deleasa pada Julai lalu tidak dapat memilih salah seorang antara mereka untuk menjadi pengapit.

Kerana itu Kevin mengambil keputusan supaya mereka berdua berada di sisinya pada hari bahagianya nanti.

Danielle yang mempunyai dua adik perempuan juga akan diapit oleh dua pengapit perempuan pada majlis bersejarah itu.

Kevin yang mempertahankan konsep hubungan seks selepas kahwin telah melamar Danielle dengan melutut di hadapan pintu rumahnya.

Bercakap tentang reaksi kekasihnya itu, Kevin berkata: "Dia berkata ya, ya, ya...mungkin 500 kali dengan laju."

Danielle yang bertemu dengan Kevin pada Mei 2007 ketika bercuti di Bahamas menambah: "Saya masih percaya ia bagaikan sebuah mimpi."

Kevin yang berusia 21 tahun, juga memberitahu dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gugupnya di hadapan wanita yang dicintainya itu.

"Ia satu persembahan yang sangat sukar apabila mengetahui saya akan bertanyakan soalan yang paling besar dalam hidup kepada seorang gadis yang sangat hebat di dunia ini," tutur Kevin.

Joe dan Nick juga menyatakan rasa gembira mereka dengan pertunangan Kevin di laman sosial Twitter: "Tahniah abang dan Dani (Danielle) selamat datang dalam keluarga kami. Tidak sabar untuk melihat kamu sertai kami."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: