Friday, September 11, 2009

Bangga miliki punggung besar




PENYANYI yang popular dengan lagu My Life Would Suck Without You, Kelly Clarkson, gembira apabila dia dijadikan idola oleh gadis berbadan besar. Akui Kelly dia sememangnya berbangga dengan bentuk tubuh badannya.

"Saya tidak mempunyai dada tetapi seluruh tubuh saya disaluti lemak. Sejak kecil saya mempunyai punggung yang besar dan bulat seperti buih sabun.

"Saya dapatkan bentuknya daripada ibu saya dan lelaki biasanya menyukai bentuk punggung seperti ini. Mereka akan kata, 'Oh, lihatlah punggungnya'.

"Saya peminat kepada punggung saya sendiri. Saya yakin untuk memakai apa juga jenis seluar jean tetapi saya sedih apabila melihat ada gadis yang tidak muat untuk memakai seluar idaman dan terus mengutuk diri sendiri. Walaupun berbadan besar terdapat banyak fesyen yang sesuai di luar sana," katanya.

Kelly yang berusia 27 tahun telah dikritik hebat apabila berat badannya naik mendadak. Tetapi seperti biasa Kelly tidak pernah mengambil pusing tentang apa yang diperkatakan berkenaan dirinya.

Dia secara terang-terangan mengaku mempunyai selulit dan berhempas-pulas untuk kurus. Dia juga mendakwa wanita yang memberitahu adalah mudah untuk mengekalkan bentuk badan merupakan seorang penipu.

Kelly memberitahu majalah Britain Heat: "Hello, semua wanita ada masalah selulit, tidak kira siapakah anda, kecuali kamu adalah seorang gadis anoreksia yang mempunyai masalah mental."

Meskipun Kelly menolak untuk melakukan sebarang pembedahan plastik untuk kembali kurus tetapi dia tidak pula menentang mana-mana wanita untuk menjalani pembedahan plastik.

"Jika seorang wanita mahukan buah dada yang lebih besar mereka boleh dapatkannya tetapi tidak boleh untuk punggung yang besar," tuturnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment