Friday, September 4, 2009

Dengarnya...: Mana kelibat pelakon Momok?


KELMARIN, teman Cik Normah ke pratonton filem Momok The Movie di Mines Sri Kembangan. Cik Normah pun tak berkesempatan menonton filem itu tetapi maklum balas rakan wartawan yang sudah menontonnya agak menghampakan.

Bukan Cik Normah nak melunturkan semangat pihak yang menerbitkan filem itu, cuma sayang juga sebab filem itu akan ditayangkan pada raya pertama nanti, itu pun jika raya jatuh pada 20 September. Tapi tak apalah, kebetulan filem itu akan berentap dengan filem Jin Notti pada musim raya nanti. Lalu, kita tengok sajalah persaingan dua buah filem terbabit.

Berbalik kepada majlis pratonton filem Momok The Movie yang diadakan tadi sayangnya kebanyakan pelakon utama tidak hadir dan yang datang pun hanya pelakon sampingan saja.

Kelibat Faizal AF4, Datuk Aziz Sattar, Nabil Raja Lawak, Leez dan Mama Rina langsung tidak kelihatan sedangkan Cik Normah diberitahu pengarahnya ketika berucap berkata ada pelakon filemnya dalam perjalanan ke pratonton itu. Sampai ke sudah, teman Cik Normah cakap tak datang pun pelakon yang dimaksudkan tadi.

Cik Normah pun kurang pasti kenapa pelakon utama filem ini tidak datang. Lalu, kebanyakan teman media hanya menemubual pengarahnya saja iaitu M Jamil sebab pelakon ramai yang tak datang. Kalau setakat jadi hantu yang watak ala manja, lebih baik tak payah temu bual.

Takkan pelakon yang tak datang itu tak sanggup tengok lakonan sendiri kot. Kawan sepejabat Cik Normah beritahu Datuk Aziz Sattar memaparkan lakonan yang baik sebagai duda menghadapi tekanan mental. Percubaan sulung Faizal AF4 di layar perak masih boleh dibanggakan.

Tetapi biasalah jejaka yang mesra dengan tagline Senyum Sokmo ketika bertanding di Akademi Fantasia musim keempat itu masih tebal slanga negeri kelahirannya. Mama Rina pun bolehlah berlakon, tapi kata teman sepejabat, bekas pelajar AF6 itu berlakon macam tak ada emosi biarpun anaknya lakonan Leez sudah disampuk hantu.

Itu belum lagi dengan pelakon sampingan yang keras macam kayu. Tak ada jiwa langsung. Kawan sepejabat Cik Normah yang difahamkan takut menonton cerita hantu pun akhirnya macam keliru nak rasa seram atau nak tergelak. Iyalah, nama pun filem itu seram komedi. Pasti ada lawak juga, walaupun hantu yang ada tidaklah menyeramkan sangat.

Sayang kenapa masih ada pengkarya seni yang tergamak membikin filem sebegitu. Kalau dikaji pendekatan yang dilakukan M Jamil itu baik, cuma banyak kelemahan yang dipandang sambil lewa saja. Cik Normah pun tak nak komen lebih-lebih sebab maklumlah belum tengok lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: