Friday, September 4, 2009

Dengarnya...: Fazli sibuk layan anak yatim


BARU-baru ini, dua teman sepejabat Cik Normah yang sedang enak bersahur di Kampung Baru dikejutkan dengan kehadiran penyanyi Fazli Zainal bersama-sama temannya yang kebetulan baru nak bersahur di sebuah kedai makan tumpuan ramai di situ. Kata teman Cik Normah, Fazli baru balik bertarawih dan jalan-jalan makan angin di sekitar ibu negara.

Biarpun sepi tanpa sebarang publisiti, Ramadan ini Cik Normah diberitahu penyanyi yang menjalani hidup sebagai anak yatim itu memang tak menang tangan memenuhi undangan majlis berbuka puasa yang membabitkan amal dan anak yatim. Yang penting, bulan inilah masa untuk berlumba-lumba merebut keberkatan dan ganjaran pahala berlipat ganda.

Cik Normah puji Fazli yang beriya-iya untuk menjayakan majlis sedemikian. Mungkin dengan apa yang dilaluinya sekarang, dia pasti tahu jerih perih yang dirasai mereka bergelar anak yatim. Biarpun majlis sebegitu tidak menjanjikan pulangan wang ringgit atau pendapatan sampingan, sekurang-kurangnya golongan artis sepertinya tahu tanggung jawab sesama sendiri sebagai manusia.

Iyalah jangan setakat nak kejar duniawi saja, amalan buat bekalan di hari muka pun kenalah seimbang. Baru bertambah berkat hidup ini. Dunia-dunia juga, tapi biarlah bekalan syurgawi pun ada. Amal jariah pun bukan setakat wang ringgit, tenaga dan sokongan itu pun sudah memadai.

Cik Normah dengar, Fazli bukan saja sibuk di Kuala Lumpur saja, malah ada majlis berbuka puasa yang perlu dihadirinya di Langkawi. Baguslah macam itu. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Sama-sama kita merenung untuk kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: