Friday, September 11, 2009

Dengarnya...: Kagum komitmen Mamat Khalid, Engku Emran



ANTARA artis yang berkempen untuk Mufors.

CIK Normah ingin berterima kasih kepada artis yang sanggup bersusah payah menjayakan kempen Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (Mufors). Malah Cik Normah berasa terharu kerana ada yang sanggup memberikan komitmen, walaupun dengar cerita ada yang terikat dengan pelbagai perkara lain.

Paling Cik Normah terharu apabila dapat tahu pengarah terkenal, Mamat Khalid yang sanggup turun dari Ipoh semata-mata nak menjayakan fotografi Mufors yang diadakan di pejabat Cik Normah, baru-baru ini, dan sanggup juga turun ke majlis pelancarannya di Restoran Jejantas Sungai Buloh, Selasa lalu.

Kata kawan Cik Normah, dia ingatkan Abang Mamat ada hal nak ke Kuala Lumpur jadi sudah sambil lalu, dia pun singgahlah sekejap luangkan masa. Rupa-rupanya Abang Mamat beritahu yang dia datang dari Ipoh semata-mata nak memeriahkan majlis pelancaran berkenaan dan kemudian pulang semula ke Ipoh.

Kata Abang Mamat kepada teman Cik Normah, dia buat begitu kerana nak menunjukkan kesungguhannya dalam memberikan sokongan kepada kempen berkenaan.

Selain Abang Mamat, seorang lagi selebriti iaitu suami kepada pelakon Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang juga Ketua Pegawai Operasi Suria FM, juga sanggup hadir seketika walaupun pada waktu sama dia sepatutnya berada di The Curve kerana ada program membabitkan Hari Radio. Biarpun sudah terlewat sikit tapi Engku Emran sanggup tunggu hingga majlis selesai dan kemudian bergegas pula ke program yang sudah direncanakan lebih awal.

Bukan saja kepada Abang Mamat dengan Engku Emran, Cik Normah sebenarnya berterima kasih kepada semua artis yang hadir pada hari itu seperti Dayang Nurfaizah, Imran Ajmain dan artis yang jayakan fotografi Mufors, jasa dan budi mereka itu tidak mampu Cik Normah dan rakan-rakan nak balas.

1 comment:

  1. abg mamat mmg sempoi...org sg. rokam tu..!!haha

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: