Friday, September 11, 2009

Dengarnya...: Jejaka mana satu Fasha?


SEKEJAP dengan Rizal Ashram ataupun Jejai, lepas tu dengan Qabil Ambak. Sebenarnya Cik Normah tertanya-tanya yang mana satu sebenarnya jejaka pilihan aktres kontroversi Fasha Sandha ini?

Baru-baru ini dia buat kenyataan bakal menamatkan zaman solonya dengan penunggang kuda negara itu, tup-tup baru-baru ini rakan Cik Normah terserempak si Fasha atau manja membahasakan dirinya sebagai ‘Gurgirl’ ini berbuka puasa dengan Jejai di sebuah hotel terkemuka sambil berpegangan tangan.

Ini yang buat Cik Normah keliru ni. Rakan Cik Normah juga pernah bertanya kepada Gurgirl, yang mana satu pilihan hatinya. Dengan lajunya mulut dia menyebut nama Qabil, Jejai tu katanya hanyalah spekulasi wartawan semata-mata. Dia siap beritahu rakan Cik Normah selepas raya nanti nak mengadakan satu sidang media bagi mengumumkan majlis pertunangan dan pernikahannya dengan jejaka bernama Qabil.

Cik Normah ini bukan apa Gurgirl, nanti takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Ada juga spekulasi yang Cik Normah dengar, si Gurgirl sengaja menyebut nama Qabil sebab nak bagi Jejai cemburu. Tak tahulah Cik Normah nak kata, apa motif Gurgirl buat macam itu pun Cik Normah tak pasti. Atau Gurgirl sebenarnya sengaja nak menarik perhatian media dan peminat, maklumlah sejak akhir-akhir inikan namanya sudah semakin suam-suam kuku. Jadi mungkin ini saja caranya nak melonjakkan kembali namanya yang sudah semakin sunyi sepi itu.

Mengikut beberapa cerita yang sampai ke telinga Cik Normah pula, Jejai dan Qabil sebenarnya memang berkawan baik. Orang yang mengenali mereka sebenarnya tak pelik pun dengan siapa Gurgirl ni keluar. Kata mereka ketika Gurgirl buat kenyataan yang dia memang berkawan dengan Qabil, ada antara mereka yang baru saja bertemu dia beberapa hari sebelum itu dengan Jejai berpimpin tangan.

Tak apalah Fasha dengan siapa awak nak berkawan tu terpulanglah. Kita nantikan saja pengumuman si Fasha ni. Siapakah yang dia akan pilih antara Jejai ataupun Qabil? Lagi pun Ramadan tak lama lagi akan berlalu, pejam celik, pejam celik dah pun Oktober jadi kita sama-sama nantikan jawapannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: