Monday, September 28, 2009

Dengarnya... Artis terkenal tak mahu anak lagi


CIK Normah sudah lali setiap kali pergi ke rumah saudara mara, terutama ketika beraya baru-baru ini, semua bertanya bila Cik Normah nak menimang cahaya mata. Kalau ikut mulut jahat Cik Normah ini, mahu saja Cik Normah sembur orang yang bertanya itu. Soal zuriat bukannya di tangan Cik Normah, semua itu kehendak-Nya. Kalau Dia nak bagi, alhamdulillah, tetapi kalau tak ada lagi, Cik Normah reda je.

Cik Normah yakin mana-mana wanita yang masih belum dikurniakan zuriat mesti tertekan dengan soalan macam itu. Siapa yang tak mahu timang cahaya mata, lagi-lagi macam Cik Normah yang sudah beberapa tahun kahwin tapi masih tak ada anak. Bila balik kerja teringin sangat nak dengar suara anak menyambut kepulangan Cik Normah balik dari kerja.

Bagaimanapun, Cik Normah tak akan berputus asa. Usaha tetap diteruskan.

Sebenarnya Cik Normah bukanlah nak membuat luahan hati mengenai diri Cik Normah, tetapi waktu berjumpa sanak saudara dan rakan taulan sepanjang raya baru-baru ini. Macam-macam kisah yang Cik Normah dapat. Terlanjur bercerita mengenai zuriat, teringat Cik Normah satu cerita iaitu mengenai seorang artis tersohor yang buang rahim.

Cik Normah tak tahulah dia buang rahim kerana terpaksa atau sengaja buang rahim kerana tak mahu lagi menambah cahaya mata. Yang itu Cik Normah kurang periksa, tetapi itulah satu cerita menarik yang Cik Normah dapat ketika hari raya. Dengarnya, artis terkenal itu mengalami pendarahan disebabkan itu rahimnya harus dibuang tetapi rakan Cik Normah yang kepoh tu pula kata, ada juga dia terdengar yang si artis tak mahu beranak lagi kerana hidupnya sudah cukup lengkap.

Kalau betullah si artis ini buang rahim kerana tak mahu anak, Cik Normah rasa tindakan itu memang tak patut langsung. Iyalah perempuan lain contohnya macam Cik Normah ini, bersungguh mahukan anak, tapi tak dapat-dapat. Bukan Cik Normah saja, tapi Cik Normah yakin ramai lagi perempuan lain di luar sana yang belum memiliki zuriat akan memprotes tindakan selebriti ini.

Tapi kalau terpaksa buang rahim kerana ketumbuhan, itu cerita lain. Kalau doktor nasihat buat macam itu, terpaksalah buang juga demi kesihatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: