Monday, September 28, 2009

Dengarnya... Malu punyai zuriat cacat?


KALAU tadi Cik Normah bercerita fasal artis terkemuka sanggup buang rahim kerana takut zuriat bertambah, yang ini pula kisah seorang selebriti yang tak sanggup memiliki anak cacat. Mengucap panjang Cik Normah apabila mendapat tahu kisah menyentap perasaan ini. Sempurna atau tidak, itu ketentuan Yang Maha Esa. Kita sebagai orang yang diberi tanggungjawab seharusnya memikul amanat yang diberikan itu dan tak sepatutnya kita mengelak. Cik Normah pernah bertemu dengan seorang hamba Allah yang bersyukur dikurniakan anak yang kurang sifat, walaupun orang memandang sinis, tetapi dia tak pernah malu membawa anaknya ke mana saja, malah dia berasakan rezekinya bertambah murah sejak kehadiran anak itu.

Kisah tak sanggup memiliki anak yang kurang sempurna ini bukan kali pertama Cik Normah dengar. Sebelum ini pun Cik Normah pernah diajukan soalan sama dari seorang teman yang mahukan kepastian. Tapi Cik Normah tak tahu sejauh mana kesahihannya.

Cuma, dengan tidak semena-mena ketika beraya Cik Normah disogokkan dengan cerita sama mengenai selebriti yang tak sanggup memiliki anak tak sempurna.

Maklumlah menjadi selebriti sudah tentu kelahiran anak mereka nanti menjadi perhatian peminat dan media. Cik Normah pernah diberitahu ada sesetengah selebriti yang tak sanggup tanggung malu, memilih jalan pintas seperti menggugurkan anak di luar negara. Harap-harap tidak benarlah cerita yang Cik Normah dengar itu.

Ketika itu, Cik Normah terfikir sendiri, apa yang berlaku itu mungkin sebagai balasan kerana dirinya hidup berseronok dan berfoya-foya sampai tak sedarkan diri, hingga lupakan batasan agama dan adab. Entahlah. Bab itu, hanya Yang Maha Kuasa saja lebih mengetahui.

Berbalik kepada kisah selebriti yang tidak sanggup memiliki anak yang tidak cukup sifat itu, Cik Normah terkejut, terkilan dan ralat sangat kalau benarlah selebriti terbabit sanggup menidakkan hak anak itu untuk melihat dunia seperti insan lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: