Monday, September 28, 2009

Harta karun milik pembesar lama


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim tidak menolak kemungkinan harta karun yang ditemui penduduk di Kampung Muhibbah, Tapah, Perak mungkin milik bekas pembesar pada era penjajahan jika ia benar-benar tertanam di kawasan itu.

Bagaimanapun, menurutnya, tidak banyak peristiwa atau sejarah berlaku di situ yang boleh dikaitkan dengan penemuan harta karun berkenaan.

"Hairan juga kerana tidak banyak sejarah penting yang boleh dikaitkan dan sekiranya benar ia harta karun, mungkin ia milik bekas pembesar di situ pada zaman dahulu," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai sekumpulan penduduk di Kampung Muhibbah, Tapah yang mendakwa mendapat harta karun yang timbul dari tanah di belakang rumah mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: