Monday, August 24, 2009

Tiket bas balik raya habis


NASIB BAIK... Siti Zawiyah Abdullah Sani gembira kerana dapat membeli tiket bas untuk pulang beraya ke Kedah di Puduraya, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin pulang berhari raya menggunakan bas ekspres terkejut apabila hampir semua tiket habis dijualmeskipun baru dua hari umat Islam menunaikan ibadah puasa.

Tinjauan Kosmo! di beberapa hentian bas di sekitar ibu negara mendapati, kebanyakan tiket terutama pada 'waktu puncak' iaitu dari 17 hingga 19 September bagi perjalanan ke Pantai Timurtelah habis dijual.

Bagaimanapun tiket bagi perjalanan ke utara tanah air masih ada dijual.

Sementara itu, di Ipoh, Perak, kebanyakan tiket bas ekspres di sini juga habis dijual.

Tinjauan terminal bas di sini mendapati, tiket bas ekspres bagi perjalanan dari Ipoh menuju ke Utara Semenanjung, Pantai Timur dan Kuala Terengganu habis dijual sebelum puasa lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: