|
|
Bermula dengan pengakuan Alice Norin tentang kecurangan terhadap suaminya DJ Riri April lepas menjadikan pasangan ini sudah tidak boleh tinggal sebumbung lagi. Kejujuran rupanya membawa padah kepada Alice apabila DJ Riri mengemukakan permohonan cerai terhadap isterinya itu.
Permohonan cerai yang dilakukan oleh DJ Riri akan mengakhiri sebuah perkahwinan yang baru menjangkau usia dua tahun.
Alice yang memegang watak Eliana dalam filem Ketika Cinta Bertasbih ini pernah menggemparkan dunia seni kerana dengan tulus mengaku ada hubungan dengan lelaki lain selama dua bulan. Atas dasar kejujuran dia mengakui kesilapan dan berharap suaminya memahami dan memaafkan. Namun apa yang difikirkan oleh Alice meleset sama sekali.
Perceraian adalah jalan yang dipilih oleh sang suami. Alice mengaku, Dj Riri marah dan amat sedih dengan pengakuan jujurnya namun dia tetap menghargainya kerana Alice sanggup berlaku jujur terhadapnya.
Perkahwinan yang dibina pada tahun 2007 ini belum dikurniakan dengan cahaya mata. walaupun berat hati Alice untuk bercerai tetapi dia tetap menerimanya dengan tabah. Mereka sepakat untuk bercerai secara baik dan masih berhubung seperti biasa. Rumah tangga mereka tidak dapat diperbaiki kerana sering berlaku pertengkaran tentang perkara yang sama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: