PELAKON Hollywood, Keanu Reaves dilaporkan kini kembali bercinta dengan bekas kekasihnya, Anita Hodson.
Menurut satu sumber, pasangan ini juga sudah mula keluar bersama.
Bintang 'Matrix' ini mula mengenali Hodson ketika dia bekerja sebagai pembantu peribadi kepada ibu Keanu. Mereka mula bercinta pada Mac 2008, namun telah berpisah tidak lama kemudian.
Bagaimanapun, mereka kini telah kembali bersama dan kelihatan mereka seperti tidak dapat dipisahkan lagi.
"Mereka telah berjumpa semula pada musim bunga dan Hodson kelihatannya seperti ingin hidup bersama Keanu," jelas satu sumber.
"Dia (Hodson) mahu berkahwin dan mempunyai anaknya sendiri. Dia juga tidak akan melepaskan Keanu untuk kali ini setelah terpisah dahulu," tambah sumber tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: