Monday, August 24, 2009

Jangan tunggu nyawa melayang!


MAHBOOB ALI bersama anaknya Mohd. Jibrail, 3, menunjukkan jeriji besi yang telah patah
di tingkat 13 Pangsapuri Medan Tengku, Jelutong yang perlu diperbaiki semalam.


GEORGE TOWN - Setiap hari penghuni tingkat 13 Blok 1 Pangsapuri Medan, Tengku dekat Jelutong di sini dilanda kebimbangan.

Ia ekoran besi penghadang koridor rumah mereka telah reput dan patah sejak sebulan lalu yang membahayakan nyawa kanak-kanak sekiranya tersilap langkah.

Biarpun aduan dibuat beberapa kali, namun tiada inisiatif pihak pengurusan rumah pangsa itu untuk membaiki kerosakan.

Menurut seorang penduduk, Mahboob Ali Ahmad Basyir, 34, beliau mengambil inisiatif sendiri mengikat besi itu dengan tali bagi mengelakkan anak-anaknya terjatuh.

"Tapi tali pun tak tahan lama kerana ia akan longgar dan reput serta lebih banyak besi boleh patah.

"Ruang antara besi itu boleh dibolosi kanak-kanak berusia tiga tahun jadi saya bimbang ada yang kecelakaan berlaku jika tidak dibaiki segera," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumah pangsa itu semalam.

Difahamkan rumah pangsa 13 tingkat dengan 154 unit kediaman tiga bilik itu didiami sejak 18 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: