DAH lama tak dengar cerita Amy Mastura. Walaupun lagunya Happy pernah menjadi siulan tapi tak lama kemudian senyap. Baru-baru ini Joyah ada terserempak dengannya masa dia menghadiri fotografi di studio. Lagaknya macam biasa. Selamba saja dan kalau tak melawak, memang tak sah dan bukan Amy Masturalah namanya.
Joyah dapat tahu Amy juga bakal menggamatkan pementasan teater muzikal Gamat, arahan Zaifri Husin yang akan dipentaskan di Istana Budaya Oktober nanti. Teater berkisar tentang kehidupan dasar laut ini akan dipentaskan pada 4 Oktober hingga 12 Oktober di Panggung Sari tetapi pementasan tiada pada tarikh-tarikh 9 Oktober dan 10 Oktober.
Joyah diberitahu bahawa bukan Amy sahaja yang bakal menggamatkan Gamat tetapi juga penyanyi Adibah Nor. Bayangkan Amy membawakan watak ibu gamat. Kalau dah Amy namanya, berlakon pula teater kanak-kanak. Jadi bayangkanlah kalau Amy jadi ibu gamat. Tak gamat namanya.
Lagipun mesti ramai yang dah rindukan gelagat Amy yang selamba dan lucu ini kan sejak kali terakhir muncul pada pementasan Siti Di Alam Fantasi beberapa tahun lalu.
Adibah Nor pula Joyah dengar bakal membawakan watak ikan pari yang bertindak sebagai narator pada pementasan itu nanti.
Yang kelakarnya Joyah dengar walaupun bawa watak narator tapi watak Adibah bukan main menggedik dan berlagak sebab kononnya dia ada ekor yang cantik lagi vogue.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: