BERA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meminta pekedai di negara ini mengehadkan penjualan gula kepada dua kilogram sahaja kepada setiap pengguna.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut adalah bagi mengelakkan pengguna membeli barang keperluan itu secara panik dan berlebihan sehingga menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.
Bagaimanapun, katanya, bekalan gula di seluruh negara sebenarnya adalah lebih daripada mencukupi tetapi oleh kerana sikap pengguna maka berlaku kekurangan bekalan di beberapa kawasan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: