JOHANNESBURG - Seorang wanita Afrika Selatan, Danielle Steeneveld menyaman pemain kelab bola sepak Everton, Steven Pienaar sebanyak £850,000 (RM4.8 juta) kerana dia gagal menunaikan janji untuk berkahwin dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Danielle berkata, Steven telah jatuh cinta dengannya menyebabkan dia meninggalkan Afrika Selatan untuk berada bersama pemain itu di England.
Namun, menurut dokumen mahkamah, hubungan antara kedua-dua pemain itu sudah berakhir baru-baru ini.
Danielle memutuskan untuk menyaman Steven selepas dia pulang ke Afrika Selatan.
Wanita itu menuntut ganti rugi sebanyak £40,000 (RM229,374) kerana kehilangan hak dan £302,000 (RM1.7 juta) berikutan reputasi, nama dan harga dirinya terjejas selepas melahirkan seorang anak luar nikah bersama Steven.
Dia turut meminta ganti rugi sebanyak £516,000 (RM2.9 juta) berhubung prospek kerugian yang bakal dihadapinya.
Saman itu diserahkan kepada Steven oleh peguam Danielle beberapa minit setelah pasukan bola sepak Afrika Selatan tewas 3-1 kepada Serbia dalam satu perlawanan persahabatan di Pretoria, dua minggu lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: