Penyanyi dangdut Ifa Raziah mengadu ada seorang artis yang pernah tersenarai sebagai top-5 tapi tak memang dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) sudah tipu dia.
Ifa tak sangka artis tu yang selama ni baik sanggup "kapur" dia hidup-hidup. Kisahnya macam ni. Pada bulan lepas Ifa dengan beberapa rakan artis seperti Roslan Shah dan Fazli Zainal diundang untuk buat persembahan dalam satu karnival di Perak. Artis top-5 ini dikatakan menjadi promoter untuk persembahan itu.
Kata Ifa sebelum persembahan dia dah dapat bayaran pendahuluan dan si artis berjanji nak bagi bakinya selepas persembahan.
Malangnya habis saja show, si artis dah cabut lari sebab nak mengelak daripada membuat bayaran.
"Aku dah puas hantar SMS dan telefon dia tapi tak ada respons. Hairan betul kenapa dia sanggup buat macam tu? Aku cuma nak baki duit aku je. Bukan nak apa pun," kata Ifa.
Menurut Ifa lagi dia bertambah sakit hati apabila dapat tahu si artis memberi alasan pihak penganjur tidak menjelaskan bayaran penuh kepadanya. Sebab itu la dia tak dapat nak bayar untuk Ifa.
Tapi masalahnya tambah Ifa kalau bayaran tak dapat nak bagi pada artis, kenapa Fazli Zainal dan Roslan Shah dibayar penuh? Mesti ada sesuatu yang tak kena?
"Aku harap di bulan Ramadan yang mulia ni artis tu dapat jelaskan bayaran yang tertunggak dengan segera. Yalah... aku ni nak pakai duit.
"Kalau tak ada duit, takkan dekat Fazli Zainal dan Roslan Shah dia boleh bayar pula," katanya.
Nampaknya ini kali kedua Ifa kena "kapur". Kali pertama di Taiping pada bulan Julai lalu.
Harap-harap artis berkenaan dapatlah langsaikan hutangnya itu dengan baik.
Dalam masa yang sama Ifa sekarang sibuk ambil tempahan untuk buat hamper dan kuih-kuih raya.
Antara kuih raya yang dibuat Ifa seperti tart matahari, London almond, cappucino crunch dan cornflakes crunch. Dia juga turut menjual kek lapis dari Indonesia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: