Sunday, August 30, 2009

Kadar baru sewa PPR Selangor membebankan


MUHD. KHAIRUN bersama Siti Aishah (tiga dari kiri) menunjukkan surat bantahan kadar baru sewa rumah PPRT di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor digesa menimbangkan semula kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang diumumkan Oktober tahun lalu kerana ia membebankan penghuninya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, kadar sewa yang dinaikkan daripada RM124 kepada RM250 sebulan itu tinggi dan membebankan golongan berpendapatan rendah.

“Kami menerima banyak aduan sebelum ini, seperti penduduk di PPR Kota Damansara yang membantah kenaikan itu.

“Kenaikan itu menyebabkan ada antaranya yang tidak mampu menjelaskan sewa bulanan sehingga tertunggak mencecah ribuan ringgit.

“Malah ada penduduk mendapat notis peringatan dan notis untuk keluar rumah akibat gagal membuat pembayaran seperti yang diminta,” katanya pada satu sidang media di pejabatnya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: