PELAKON Hollywood, Megan Fox, tidak akan membintangi filem terbaru 'Batman' seperti yang dilaporkan pada awal minggu ini.
Laporan tersebut mengatakan Megan akan memegang watak sebagai 'Catwoman' dalam sambungan filem tersebut selepas 'The Dark Knight'.
Syarikat produksi antarabangsa Warner Bros telah mengesahkan filem ketiga dalam siri 'Batman' ini akan diadakan tetapi tiada sebarang pemilihan pelakon diadakan lagi. lapor satu sumber.
"Ianya satu khabar angin. Tidak ada kebenaran pada laporan itu. Skrip masih belum ada lagi dan pemilihan pelakon masih belum dijalankan lagi," kata wakil dari syarikat produksi tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: