PUTRAJAYA - Penduduk Putrajaya yang berjumlah 50,000 orang didakwa menghasilkan purata 40 metrik tan sampah setiap hari iaitu antara yang tertinggi di negara ini.
Daripada jumlah itu, sebanyak 27 metrik tan adalah sisa makanan.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zahri Abdul Ghani berkata, hasil kajian pihaknya itu merumuskan bahawa limpahan sisa makanan di situ menjadi punca program kitar semula di kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu gagal sejak 10 tahun lalu.
"Sampah yang dikutip di Putrajaya kira-kira 40 tan sehari tetapi disebabkan banyak sisa makanan, jumlah sampah yang sesuai untuk dikitar semula menjadi sedikit,'' katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Projek Perintis Pengasingan Sisa Pepejal oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: