Monday, August 31, 2009

Kartika dari Indonesia?


ANTARA blog yang membincangkan isu Kartika.


IPOH - Semenjak model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dijatuhi hukuman enam sebatan atas kesalahan minum arak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu, dia terus menimbulkan polemik yang menjadi percakapan ramai.

Pendirian model sambilan itu yang bukan sahaja enggan membuat rayuan malah memohon pelaksanaan hukuman sebat ke atasnya dipercepatkan mengundang perhatian ramai. Menariknya, hukuman sebat ke atas Kartika itu ditangguhkan pada 24 Ogos lalu kerana menghormati bulan Ramadan dan ia juga mendapat pelbagai reaksi.

Banyak pihak terus memperkatakan isu Kartika termasuk di kalangan penulis-penulis blog menerusi laman portal masing-masing.

Ramai yang bersimpati dan menyokong pendirian Kartika yang mengaku bersalah dan sanggup menjalani hukuman syariah itu, namun ada juga yang curiga dengan keikhlasan wanita tersebut.






No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: