Monday, August 31, 2009

Maut sebelum sampai ke Mydin


KEADAAN Kancil dan treler yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran bangunan KWSP di Petaling Jaya semalam.



ABDUL KARIM



MAIMON


PETALING JAYA - Hasrat tiga sekeluarga untuk membeli barangan persiapan Aidilfitri tidak kesampaian apabila seorang daripada mereka terkorban selepas kereta yang dinaiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 18, Lebuh Raya Persekutuan berhampiran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi, Abdul Karim Abd. Aziz, 51, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta Perodua Kancil yang dipandunya.

Semasa kemalangan, Abdul Karim bersama isteri dan seorang anak lelakinya yang berusia 11 tahun dari Kampung Dusun Tua, Hulu Langat dalam perjalanan menghala ke pasar raya Mydin di Subang Jaya untuk membeli-belah.

Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Supritendan Zulkafli Cheklah berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dirempuh sebuah treler yang terbabas dari arah jalan bertentangan.

1 comment:

  1. ucapan takziah kepada ahli keluarga mereka dan sedekahkan al-fatihah kepada mangsa kemalangan ini.
    aku kenal adik kpd allahyarham abdul karim ni yg bekerja di dubai..sedih dan terkejut aku mendengarnya. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman amin ya rabbiallamin.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: