Monday, August 31, 2009

Pusat beli-belah baru di Kota Damansara


LAKARAN artis mengenai projek Sunway Giza yang akan dibuka kepada umum mulai akhir tahun ini di Kota Damansara dekat Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Sunway Damansara Sdn. Bhd. (Sunway Damansara), sebuah syarikat pembangunan hartanah, bakal membuka sebuah pusat perniagaan baru, Sunway Giza di Kota Damansara melibatkan kos sebanyak RM141 juta menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway bagi Bahagian Pusat Beli-Belah, H.C Chan berkata, pusat beli-belah yang memiliki keluasan tanah kira-kira 2.6 hektar itu akan dilengkapi dengan 48 unit kedai pejabat dan sebuah pusat beli-belah tiga tingkat di samping kemudahan 800 tempat letak kenderaan.

Katanya, projek itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan apabila 85 peratus daripada premis perniagaannya telah berjaya ditempah.

"Sunway Giza akan menjadi tumpuan kerana ia berada dalam kedudukan yang strategik di samping dikelilingi oleh empat kawasan utama seperti Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya dan Mont Kiara yang memiliki kepadatan penduduk kira-kira 700,000 orang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sunway Giza merupakan projek hartanah hasil usaha sama antara Sunway City Berhad, Sunway Damansara dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: