Monday, August 31, 2009

Jualan barang dipantau

BERA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggerakkan lebih 1,600 anggota penguat kuasa di seluruh negara bagi meningkatkan pemeriksaan untuk memastikan bekalan barangan keperluan sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya turut mengarahkan 1,200 pemantau harga yang dilantik bekerjasama dengan kementeriannya dalam gerakan tersebut bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga sesuka hati.

Berikutan itu, beliau memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang sengaja menaikkan harga terutama barang kawalan.

"Tidak ada sebab peniaga menaikkan harga barang terutama barangan terkawal seperti gula dan tepung kerana kerajaan telah memberikan subsidi kepada mereka," tegasnya kepada pemberita selepas mengadakan majlis berbuka puasa di Felda Mengkuang dekat sini kelmarin.

Menurut Ismail Sabri, sikap pengguna yang membeli barangan secara berlebihan dan panik mendorong peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: