KHABAR angin bertiup kencang bahawa penyanyi Avril Lavinge akan bercerai dengan suaminya Deryck Whibley selepas tidak pernah lagi tidur bersama di New York.
Perkahwinan mereka menjadi spekulasi selepas sebuah majalah AS mengatakan hubungan mereka hampir sampai ke penamat.
Avril dan Deryck berkahwin pada tahun 2006.
Sebuah laman web melaporkan, Deryck menafikan khabar angin tersebut dan mengatakan dia tidak banyak meluangkan masa bersama Avril kerana sibuk dengan jelajah persembahan kumpulanya Sum 41 di Asia.
Bagaimanapun kemunculan Avril dalam satu parti bersama dengan lelaki lain di Southampton, New York minggu lepas menguatkan lagi khabar angin tersebut.
"Dia mahu menjauhkan diri daripada Deryck," kata sebuah sumber.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: