Sunday, August 30, 2009

Pelakon tuntut bayaran

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengarah filem Dharma Harun Al-Rashid kerana hampir menyiapkan filem terbarunya Adik Manja Return. Filem tersebut ialah kesinambungan filem Adik Manja yang pernah diterbitkan pada tahun 1979 arahan Othman Hafsham yang memperoleh kutipan luar biasa RM3.5 juta.

Dek kerana Adik Manja dikatakan masih ada kekuatannya, maka Dharma yang pernah menjadi hero filem itu berhasrat menghasilkan Adik Manja Return yang mana pelancarannya dilakukan pada bulan Mei lalu.

Antara pelakon yang membintangi filem itu ialah Rozita Che Wan, Scha, Jihan Raja Lawak, Faezah Elai, Kenchana Dewi dan Maria Tunku Sabri. Tapi yang tak sedap nak dengar di bulan Ramadan yang mulia ini apabila ada pelakon dan krew sudah merungut.

Apa yang Niezam dapat tahu, mereka tak puas hati dengan pihak yang menguruskan filem berkenaan. Alasannya pelakon dan krew yang terlibat tidak dibayar penuh walaupun filem dah siap 90 peratus.

Malah Niezam diberitahu ada artis yang dah habis berlakon pun tak dapat bayaran.

"Saya dah dapat 50 peratus bayaran tetapi baki 50 peratus lagi pihak produksi kata nak bagi kemudian. Saya dah habis shooting dah ni tapi bila minta bayaran produser liat nak jelaskan," kata seorang pelakon.

Niezam tanya siapakah orang yang terlibat soal bayaran tu?

"Siapa lagi kalau bukan Abang Dharma," tambahnya.

Aik... kenapa boleh jadi macam ni ya? Mungkin Abang Dharma tak sempat nak tunaikan cek di bank kut?

Kata sumber itu, bukan soal tak sempat nak tunaikan cek atau tidak tapi Dharma dikatakan cuba mengelak apabila pelakon dan krew minta bayaran. Mereka pun tertanya-tanya juga sebab apa boleh jadi macam tu? Dia nak bawa lari duit ke?

Gara-gara masalah itu, beberapa pelakon khabarnya nak boikot tak mahu buat dubbing (memasukkan suara) filem itu nanti.

Niezam juga dapat tahu ada orang bercerita kononnya Adik Manja Return ialah filem syok sendiri. Macam mana pula tu tu ye?

Apa dah jadi ni Abang Dharma? Harap-harap kalau ada kecoh-kecoh tu dapatlah diselesaikan dengan cara baik ya.

Yalah... di bulan Ramadan ni mungkin ramai yang salah faham dan keliru kut. Takkanlah orang lama dalam filem nak buat macam ni?

NIEZAM: Manja manja miau...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: