KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam menasihatkan semua peserta sambutan Hari Kemerdekaan ke- 52 terutama yang menjalani ibadah puasa agar menjaga kesihatan supaya sentiasa dalam keadaan sihat.
Walaupun berpuasa, beliau berharap para peserta dapat menunjukkan semangat kuat dan bersungguh-sungguh ketika melakukan aktiviti pada acara itu yang akan diadakan di Dataran Parlimen Isnin ini.
"Walaupun kita berpuasa, pada hari sebenar sambutan nanti, saya harap kita semua akan menunjukkan semangat yang kuat dan bersungguh- sungguh mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik," katanya ketika menyampaikan taklimat ringkas kepada anggota Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 selepas acara raptai penuh di sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: