|
|
WARSAW - Sebuah jet Belarus terhempas semalam dalam satu pertunjukan udara di tengah Poland menyebabkan dua orang yang menaikinya terbunuh, kata beberapa pegawai.
Jet itu, Su-27 terhempas semasa melakukan satu pertunjukan di Radom yang terletak 105 kilometer ke selatan Warsaw, Poland.
Imej di televisyen menunjukkan jet itu hilang di sebalik pokok sebelum kepulan asap menjulang ke udara.
Kementerian Pertahanan Belarus menyatakan nahas itu kemungkinan berpunca daripada sekumpulan burung yang memasuki enjin jet.
burung masuk enjin jet? roh pilot yg mati tu mesti tension gile ekekeke
ReplyDelete