PASIR MAS - Seorang penerima pingat Military Medal (MM) daripada kerajaan British, Hussin Paksu, 82, melahirkan rasa terkilan kerana tidak menerima sebarang bonus atau saguhati terhadap pengorbananketika berkhidmat lebih 50 tahun lalu.
Hussin yang kini menghidap barah prostat dan terpaksa menggunakan kerusi roda merayu kerajaan menimbang pembayaran bonus kepada bekas-bekas pejuang sepertinya.
Dia berkata, jika kerajaan boleh memberi penghargaan kepada penerima pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang dibayar elaun antara RM1,200 hingga RM2,000 sepatutnya perhatian juga diberikan kepada pejuang sebelum merdeka.
"Saya agak terkilan kerajaan hanya beri pingat sahaja tanpa apa-apa saguhati," katanya.
"Jika begini, kerajaan seperti tidak menilai jasa kami yang menentang komunis," katanya ketika menerima kunjungan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani di Kampung Padang Tok La di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: