|
|
BUKIT MERTAJAM - Penderitaan seorang pemuda, Alias Mat Yusop (gambar), 30, yang menghidap masalah jangkitan kuman pada luka selepas menjalani pembedahan dua tahun lalu bakal berakhir tidak lama lagi.
Dia yang kini lumpuh kedua-dua kaki dari paras pinggang akibat dihempap pokok ketika bekerja secara sambilan dengan Telekom Malaysia (TM) 13 tahun lalu akan menjalani rawatan susulan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) di Lumut, Perak.
"Saya berharap rawatan susulan yang bakal saya jalani ini akan 'membebaskan' saya daripada penderitaan ini walaupun peluang untuk saya pulih adalah tipis," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Permatang Ara, Permatang Pasir di sini. Alias bertemu pemberita sebelum dia menaiki ambulans HAT ke Lumut semalam.
Alias bersyukur kerana diberi peluang menjalani rawatan susulan di HAT atas pelawaan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang melawatnya baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: