Wednesday, August 26, 2009

Peluang berbuka puasa bersama selebriti



Tiz Zaqyah

JIKA anda peminat drama bersiri Nur Kasih yang sedang hangat diputarkan di TV3 setiap Jumaat jam 9 malam, dua nama ini pasti bukan asing. Fizz Fairuz yang memegang watak Adam dan Tiz Zaqyah yang membawakan watak seorang gadis bernama Nuramina.

Kini Hip, sisipan dalam Berita Harian memberi peluang kepada 15 rakan@bh yang bertuah serta pasangan mereka untuk sama-sama berbuka puasa bersama artis popular itu di Hotel Crowne Plaza pada 3 September ini.

Turut menyertai mereka adalah rakan artis yang tidak kurang hebatnya iaitu Raja Lawak dan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, Nabil dan buah hatinya Irma Hasmie, Almy Nadia, Ainul Aishah, Iqram Dinzly, Sherry Ibrahim, Fouziah Gous dan Diana Danielle.

Lebih memberi makna kepada majlis ini adalah kehadiran tukang masak popular yang baru saja mendapat gelaran Best TV Chef iaitu Chef Wan dan anaknya, Serina Redzuawan serta superstar Anita Sarawak dan suami tercinta, Mahathir Mohamad.

Memeriahkan lagi majlis yang turut mendapat kerjasama Hotel Crowne Plaza ini adalah kehadiran pereka popular Michael Shu yang akan memperkenalkan koleksi kasutnya The Black Collection, sesuai untuk diperagakan pada Aidilfitri ini.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh klik ke laman web bharian.com.my mulai Khamis ini untuk mendapatkan butir lanjut mengenai cara menyertai majlis berbuka puasa eksklusif untuk rakan@bh ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: