Friday, August 28, 2009

Maklumat pertama gagal kesan Fatin


Fatin Erlina


KUALA KANGSAR - Hajat seorang ibu tunggal, Normadiah Hamzah, 54, untuk menemui anak bongsunya, Fatin Erlina Ramli, 16, yang hilang sejak 16 Ogos lalu masih belum kesampaian.

Biarpun menerima maklumat daripada orang awam yang mendakwa kelibat gadis itu kelihatan di Taman Marisa, Taiping kira-kira 25 kilometer dari sini namun pencarian bersama anak perempuannya, Rohaida, 25, gagal.

Rohaida berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang individu mendakwa ternampak kelibat yang seiras adiknya di kawasan perumahan tersebut.

"Dia terus menghubungi saya selepas membaca berita kehilangan adik saya di akhbar Kosmo!. Sejurus itu, saya dan ibu terus bergegas ke Taman Marisa dengan menaiki bas.

"Namun setelah puas mencari di sekitar taman perumahan tersebut termasuk di stesen bas berdekatan, pencarian kami hampa," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melaporkan rintihan Normadiah yang kehilangan anak bongsunya, Fatin Erlina sejak 16 Ogos lalu semasa dia pulang dari sekolah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: