KUALA LUMPUR - Tune Talk Sdn. Bhd. (Tune Talk) yang baru sahaja melancarkan perkhidmatan prabayar Tune Talk pada pertengahan bulan lalu kini menawarkan baucer E-Gift AirAsia bernilai RM200 untuk setiap 10 pengguna harian tertinggi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jason Lo berkata, tawaran itu terbuka kepada pelanggan prabayar Tune Talk yang membolehkan mereka menukar ganti baucar itu untuk mendapatkan tempat duduk bagi penerbangan domestik atau antarabangsa AirAsia.
"Baucar E-Gift AirAsia diberikan secara automatik kepada pengguna harian Tune Talk tertinggi. Satu notifikasi akan dihantar ke nombor mudah alih pelanggan yang bertuah itu di samping disertakan dengan nombor baucar.
"Setelah menerimanya, pelanggan hanya perlu melayari laman web AirAsia untuk memilih destinasi penerbangan impian mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurut Lo, syarikat itu telah memperuntukkan lebih daripada RM1 juta bagi tujuan promosi yang akan berlangsung selama satu tahun itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: