Wednesday, August 26, 2009

Hamid Karzai dahului Abdullah


BEBERAPA pekerja mengira jumlah undi di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Kabul semalam.



KARZAI



ABDULLAH


KABUL - Presiden Hamid Karzai mendahului saingan terdekatnya dengan kelebihan hanya dua peratus undi dalam keputusan awal pilihan raya presiden Afghanistan, kata suruhanjaya pilihan raya negara itu semalam.

Keputusan awal itu melibatkan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan undi pilihan raya tersebut yang diadakan pada Khamis lalu.

Pilihan raya presiden itu turut dicemari dengan dakwaan penipuan.

"Daripada keseluruhan 524,444 undi, Hamid memperoleh 212,927 undi manakala saingannya, Abdullah Abdullah mendapat 202,889 undi," kata seorang jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (IEC).

Berdasarkan keputusan tersebut, Karzai mendapat 40.6 peratus undi berbanding 38.6 peratus yang mengundi Abdullah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: