Wednesday, August 26, 2009

100 profesor terima rasuah disiasat di Jerman

BERLIN - Satu siasatan dilakukan terhadap lebih 100 profesor di Jerman kerana menerima rasuah untuk menyelia kajian pelajar di peringkat doktor falsafah (PhD).

Beberapa ahli akademik berasa bimbang bahawa ijazah yang diperoleh menerusi rasuah itu.

Rasuah itu diberikan dalam bentuk bayaran nasihat kepada pelajar.

Kira-kira 100 profesor disyaki menerima bayaran itu yang merupakan satu perbuatan penipuan kerana memberi nasihat merupakan salah satu daripada tugas mereka.

"Tindakan itu akan menjejaskan kredibiliti kesarjanaan," kata Menteri Pendidikan Jerman, Annette Schavan.

Sebelum ini Institute for Scientific Consulting yang terletak di Bergisch Gladbach, Cologne muflis dan terlibat dalam mengenakan bayaran nasihat kepada pelajar PhD.

Institut itu mengiklankan perkhidmatan yang membolehkan calon PhD bertemu dengan bakal penyelia mereka tetapi bayaran yang dikenakan mencecah sehingga 20,000 euro (RM100,308).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: