Friday, August 28, 2009

Empat beradik jadi pengedar dadah ditahan


ASRI (kanan) melihat heroin yang dirampas daripada kumpulan adik-beradik di Sungai Petani dan Kulim kelmarin.


ALOR SETAR - Empat beradik, seorang daripada mereka merupakan pelajar politeknik ditahan di Kulim dan Sungai Petani malam kelmarin, kerana dipercayai menjadi pengedar dadah.

Bersama mereka polis merampas heroin seberat 4.15 kilogram bernilai RM108,000, kereta, sejumlah wang tunai, parang dan pisau.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, polis pada mulanya menahan seorang lelaki berumur 31 tahun di pekarangan sebuah hotel di Sungai Petani pada pukul 9 malam.

Bersama lelaki itu, polis menemui sembilan paket heroin di bawah tempat duduk belakang kereta suspek.

Menurutnya, susulan tangkapan itu, tiga beradik lagi yang berusia antara 19 hingga 28 tahun ditahan.

"Dua ditahan di sebuah rumah di Lunas, Kulim, manakala seorang lagi ditahan di kawasan Lunas," kata beliau di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: