KUALA KANGSAR – Korban cinta tiga segi?
Mungkin itu punca Kwek Lee May (gambar), 20, ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat tiga Kuarters Rumah Kelamin Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di sini semalam.
Semasa kejadian pada pukul 8.15 pagi, Lee May yang bekerja di sebuah pusat kecantikan di sini mati tidak lama selepas sampai di Hospital Kuala Kangsar (HKK) di sini.
Jurucakap polis berkata, kejadian itu disedari oleh seorang tukang kebun di IPD terbabit yang ternampak gadis itu terjatuh dari salah satu tingkat di kuarters tersebut.
Difahamkan 15 minit sebelum itu, mangsa didakwa nyaris terjatuh dari tingkat empat bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan IPD terbabit.
|
|
Mangsa kemudian dipercayai berjalan ke IPD itu sebelum dia kemudian terjatuh dari bangunan itu.
Seorang saksi di pejabat daerah dan tanah yang mahu dikenali sebagai Khairul, 30, berkata, dia ada nampak mangsa berada di tingkat empat bangunan pejabat daerah dan tanah tetapi gadis itu terpaksa beredar dari situ selepas dia ditegur oleh seorang kerani di pejabat berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: