Saturday, August 29, 2009

Dipenjara 18 tahun kerana hina raja


DARANEE memberi isyarat kemenangan ketika dia tiba di sebuah mahkamah di Bangkok semalam.


BANGKOK - Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap seorang wanita, Daranee Charncherngsilapakul selepas dia didapati bersalah menghina pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, kata seorang pegawai.

Wanita berusia 46 tahun itu melakukan kesalahan tersebut semasa berucap dalam beberapa perhimpunan antikerajaan anjuran kumpulan Baju Merah yang menyokong bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.

Perbuatan itu dilakukan di Taman Sanam Luang, di sini pada Jun dan Julai tahun lalu.

Dalam ucapannya, Daranee membayangkan bahawa rampasan kuasa oleh junta tentera bagi menggulingkan Thaksin pada 19 September 2006 didalangi Raja Bhumibol dan keluarga diraja Thai.

"Walaupun defendan menyatakan dia tidak bermaksud menghina raja atau mempengaruhi orang ramai, dia tidak terlepas daripada hukuman," kata seorang hakim.

Menghina institusi beraja adalah kesalahan berat di Thailand dan pihak yang berbuat demikian boleh dihukum penjara melalui undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: