Saturday, August 29, 2009

Jumpa ibu selepas 18 tahun diculik


GAMBAR menunjukkan wajah Jaycee semasa kecil manakala polis membuat lakaran wajahnya yang dewasa empat tahun lalu (gambar kanan).


SAN FRANCISCO - Seorang budak perempuan, Jaycee Lee Dugard akhirnya menemui ibunya buat kali pertama kelmarin selepas dia diculik selama 18 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut seorang pegawai polis, dia dan ibunya membincangkan pelbagai perkara semasa mereka bertemu.

Mereka dipercayai menginap di sebuah hotel di sini.

Jaycee yang kini berumur 29 tahun dipertemukan dengan ibunya selepas penculiknya, Phillip Garrido dan isterinya, Nancy ditangkap polis dekat sini.

Bagaimanpun, Jaycee kini mempunyai dua anak selepas dia menjadi hamba seks kepada Garrido yang berumur 58 tahun di rumah penculik itu di Antioch, California.

Jaycee melahirkan anak pertama itu semasa dia berumur 14 tahun manakala anak keduanya empat tahun kemudian.

Bagaimanapun, kedua-dua anak yang dilahirkan itu tidak pernah dihantar ke sekolah atau berjumpa doktor.

Seorang pegawai polis, Fred Kollar berkata, Jaycee dan dua anaknya dipaksa tinggal dalam khemah yang dibina di pekarangan rumah Garrido.

Dia berkata : "Pemeriksaan kami menemui sebuah tempat persembunyian dalam kawasan belakang rumahnya. Ia mempunyai khemah, bangsal dan bangunan tambahan."

Menurutnya, terdapat dua khemah kecil dan satu bilik mandi serta tandas seperti suasana di lokasi perkhemahan.

Kawasan belakang rumah Garrido cuba 'disembunyikan' daripada penglihatan jirannya dengan pokok dan pagar tinggi.

Jaycee diculik semasa dia sedang berjalan ke sekolah ketika berumur 11 tahun di South Lake Tahoe, California pada 1991.

Seorang wanita menarik Jaycee memasuki sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki.

Kereta yang digunakan untuk menculik Jaycee turut ditemui polis di rumah Garrido.


Khemah di belakang rumah Garrido di Antioch, California yang dipercayai tempat Jaycee dan anak-anaknya disembunyikan.


Misteri kehilangan Jaycee itu terbongkar selepas beberapa pengawal mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada diri Garrido yang cuba mengedar risalah agama kepada pelajar-pelajar di Universiti California.

Seorang anggota polis memeriksa rekod Garrido dan mendapati dia disenaraikan sebagai pesalah seks dan menjalani tempoh pengawasan selepas dibebaskan dari penjara berhubung kes rogol serta penculikan pada 1971.

Polis California dihubungi oleh polis kampus itu menyebabkan Garrido diarah pergi ke pejabat parol.

Namun, Garrido datang ke pejabat itu bersama isterinya dengan membawa Jaycee serta dua anaknya.

Pegawai parol mengesyaki ada yang tidak kena kerana dia tidak pernah melihat Jaycee dan dua anaknya itu ketika pergi ke rumah Garrido.

Garrido memperkenalkan kepada pegawai parol itu bahawa Jaycee ialah Allisa.

Pegawai parol itu kemudian menghubungi polis yang kemudian menyoal siasat Jaycee.

Setelah disoal siasat, polis mula mengetahui bahawa wanita yang diperkenalkan sebagai Allisa itu sebenarnya ialah Jaycee yang diculik 11 tahun lalu.

Garrido turut disoal siasat dan dia mengaku menculik Jaycee.

Dia kemudian ditangkap atas dakwaan menculik, merogol, berkonspirasi dan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan budak bawah umur.

Isterinya turut didakwa melakukan penculikan dan berkonspirasi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: